IMAM ABU JAAFAR

 BIODATA IMAM ABU JAAFAR

Nama beliau ialah Yazid Bin Qa’qa’ Al-Makhzumi Al-Madani. Gelarannya ialah Abu Jaa’far. Beliau merupakan salah seprang qurra’’asyarah dan juga seorang tabi’in. Abu Jaafar merupakan Imam Ahli Madinah dan merupakan syeikh qiraat yang masyhur di Madinah Di antara mereka yang telah meriwayatkan bacaannya ialah Imam Nafi’ bin Abi Nua’im, Imam Isa bin Wardan (Ibn Wardan), Sulaiman Bin Muhammad bin Muslim (Ibn Jammaz), Abdurrahman Bin Zaid bin Aslam dan Imam Abu Amru bin Ala’ serta ulama-ulama’ lain selain mereka. Imam Abu Jaafar telah meninggal dunia pada tahun 130 H. Anak murid beliau yang masyhur ialah Imam Ibn Wardan dan Ibn Jammaz.


GURU IMAM ABU JAAFAR

Beliau bertalaqqi al-Quran daripada syeikhnya iaitu Abdullah Bin ‘Iyash bin Abi Rabiah, Abdullah bin Abbas dan Abu Hurairah. Tiga orang syeikh itu bertalaqqi dengan Ubay bin Kaab manakala Abdullah bin Abbas dan Abu Hurairah bertalaqqi daripada Zaid bin Thabit. Dan bertalaqqi Ubay bin Kaab dan Zaid bin Thabit daripada Rasulullah SAW. Sesetengah ulama’ berkata bahawa Abu Jaafar bertalaqqi dengan Zaid bin Thabit secara berhadapan. Suatu hari Abu Jaafar pergi kepada Ummu Salamah, isteri Rasulullah SAW. Kemudian, Ummu Salamah meletakkan tangannya atas kepala Abu Jaafar dan mendoakan kepadanya kebaikan. Abu Jaafar juga pernah bersolat bersama Abdullah bin Umar al-Khattab r.a.


KEISTIMEWAAN IMAM ABU JAAFAR

Beliau merupakan imam yang adil, thiqah, amanah dan beliau mempunyai sanad yang tinggi. Berkata Imam al-Ashma’I yang dinaqalkan daripada Ibnu Zaid bahawasanya tida seorang pun daripada penduduk ahli Madinah mengambil wajah qiraat melainkan daripada Imam Abu Jaafar kerana beliau merupakan imam yang terdahulu daripada Abdurrahman bin Hurmuz bin al-A’raj. Beliau juga sempat mendengar dan mengambil hadith daripada Umar Bin Khattab dan Marwan bin Hakam. Abu Abdurrahman an-Nasaie berkata: Abu Jaafar merupakan seorang imam yang thiqah. Imam Malik bin Annas berkata: Abu Jaafar merupakan seoran qari yang soleh dan seoran qadi di Mdinah. Imam Ibnu Abi Hatim berkata: “Aku telah bertanya kepada ayahku tentang Imam Abu Jaafar”. Maka jawab ayahnya, “Beliau merupakan orang yang benar percakapannya”.

Telah meriwayatkan Ibn Jammaz bahawasanya Imam Abi Jaafar berpuasa selang sehari sepertimana puasa Nabi Daud a.s. Sebahagian sahabat-sahabatnya berkata bahawa Imam Abu jaafar solat 4 rakaat pada pertengahan malam dengan membaca surah fatihah dan satu surah yang panjang pada setiap rakaat. Kemudian, beliau berdoa untuk dirinya dan untuk muslimin serta setiap yang bertalaqqi dengannya dan yang membaca sebelum dan selepasnya. Nafi’ berkata: Ketika Abu jaafar dimandikan selepas kematiannya, mereka melihat seperti kertas al-Quran di antara hati dan dadanya dan mereka syak bahawa ia salah satu daripada cahaya al-Quran.

Sulaiman al-Umri telah melihat Imam Abu Jaafar di dalam mimpinya sedamg bertawaf mengelilingi kaabah. Maka Imam Abu Jaafar berkata kepada Sulaiman agar mengambil bacaannya dan hebahkan kepada manusia bahawa Allah telah mengurniakan kepadanya ganjaran syuhada’ yang kekal hidup dan dikurniakan rezeki oleh Allah. Sebahagian ulama’ telah melihat dalam mimpi mereka suatu gambaran yang baik tentang peribadi Imam Abi Jaafar. Kemudia Abi Jaafar berkata, “Sebarkan berita gembira kepada sahabat-sahabatku dan kepada setiap orang yang mebaca dengan bacaanku sesungguhnya Allah telah memberikan keampunan kepada mereka dan Allah Taala telah menerima doa yang kupanjatkan untuk mereka serta serulah mereka supaya menunaikan solat-solat malam dengan membaca mengikut kemampuan mereka”.


BIODATA IMAM ISA WARDAN

Nama beliau ialah Isa bin Wardan Al-Madani. Dikenali sebagai Abu Harith dan digelar Al-Haza’. Imam Ibnu Wardan merupakan salah seorang dari kalangan sahabat Imam Nafi’ dan Imam Nafi’ merupakan teman sepengajian ketika mempelajari bacaan dengan Imam Abu Jaafar.  Imam Ibnu Wardan telah mengulang bacaan al-qurannya dengan Imam Abi Jaafar dan Imam Syaibah dan juga dengan Imam Nafi’.  Berkata Imam Abu Amru Ad-Dani bahawa Ibnu Wardan merupakan sebaik-baik sahabat kepada Imam Nafi’ dan merupakan orang yang paling lama bersahabat dengannya. Imam Ibnu Wardan juga berkongsi sanad dengan Imam Nafi’. Beliau merupakan imam dalam bacaan al-quran dan merupakan qari yang baik lagi bijaksana serta merupakan seorang rawi yang teliti lagi berdisplin.

Mereka yang telah menerima dan mengulang al-quran daripadanya ialah Ismail bin Jaafar, Imam Qalun dan Muhammad bin Omar. Imam Ibnu Jazari berkata Imam Ibnu Wardan telah meninggal dunia sekitar tahun 160 hijrah.                     


BIODATA IMAM IBN JAMMAZ

Namanya ialah Sulaiman bin Ahmad bin Muslim bin Jammaz. Laqabnya ilah az-Zuhri dan al-Madani manakala kunniyahnya ialah Abu Rabiq. Imam Ibn Jammaz mengambil dan mengulang bacaan daripada Imam Abu Jaafar, Imam Syaibah dan Imam Nafi’. Beliau mengamalkan bacaan Imam Abu Jaafar dan Imam Nafi’. Mereka yang mengambil bacaan daripadanya ialah Ismail bin Jaafar dan Utaibah bin Mahran. Imam Ibn Jammaz merupakan imam yang agung, teliti, berdisiplin dan bijak. Imam Ibn Jazary telah berkata dalam kitab Al-Ghayah bahawa Imam Abu Jaafar telah meninggal dunia pada tahun 170H.


MANHAJ BACAAN IMAM ABU JAAFAR

Membaca basmalah antara dua surah kecuali antara surah al-Anfal dan at-Taubah. Membaca dengan silah pada semua mim jama’ ketika wasol.

Membaca dengan sukun ha’ (يؤده ,نوله ,نصله ,نؤته ,فألقه) .

Qasr munfasil (2 harakat) dan tawassut (4 harakat) muttasil.

Membaca dengan tashil pada huruf hamzah dan idkhol pada huruf hamzah kedua, sama ada kedua-dua huruf hamzah tersebut sama baris ataupun tidak.CTH : أَئِذَا, ءَأَنذَرْتّهُمْ

Membaca dengan tashil pada huruf hamzah yang kedua apabila bertemu dua huruf hamzah di dalam dua kalimah yang sama barisnya. CTH :جَاءَ أَحَدَكُمْ, هَؤُلَآءِإِنْ

Mengibdalkan huruf hamzah sama ada huruf hamzah tersebut terletak atas wazan fa, ain, lam.

Idgham : Dzal kepada ta (أخذتم, عذت) Tsa kepada ta (لبثت ولبثتم)

Membaca dengan ikhfa’ apabila nun sakinah atau tanwin bertemu dengan huruf kho(خ) atau ghain(غ). CTH : عزيز غفور 

Wakaf pada kalimah أبت dengan ha’.

Fathahkan ya idhofah kecuali ya istisna’.

Bersepakat dengan qalun untuk ithbatkan sebahagian ya zaidah ketika wasol.

Membaca dengan dhommah ta’ (للملائكةُ اسجدوا ) pada semua tempat.

Saktah pada semua huruf hijaiyah pada seteiap awal surah.

Membaca نخرج dengan يُخْرَج pada surah al-Isra’.

Membaca يتأل dengan يَتَأَلَّ pada surah an-Nur.

Membaca نُسْقِيكُمْ dengan تَسْقِيكُمْ pada surah mukminun dan nahl.

Membaca وَلِتَصْنَعَ dengan وَلْتَصْنَعْ .

Membaca أَصْطَفَى البَنَاتِ dengan اصْطَفَى البَنَاتِ .

Membaca بِنُصْبٍ dengan بِنُصُبٍ .

Comments