Posts

Showing posts from March, 2023

IMAM ABU JAAFAR

 BIODATA IMAM ABU JAAFAR Nama beliau ialah Yazid Bin Qa’qa’ Al-Makhzumi Al-Madani. Gelarannya ialah Abu Jaa’far. Beliau merupakan salah seprang qurra’’asyarah dan juga seorang tabi’in. Abu Jaafar merupakan Imam Ahli Madinah dan merupakan syeikh qiraat yang masyhur di Madinah Di antara mereka yang telah meriwayatkan bacaannya ialah Imam Nafi’ bin Abi Nua’im, Imam Isa bin Wardan (Ibn Wardan), Sulaiman Bin Muhammad bin Muslim (Ibn Jammaz), Abdurrahman Bin Zaid bin Aslam dan Imam Abu Amru bin Ala’ serta ulama-ulama’ lain selain mereka. Imam Abu Jaafar telah meninggal dunia pada tahun 130 H. Anak murid beliau yang masyhur ialah Imam Ibn Wardan dan Ibn Jammaz. GURU IMAM ABU JAAFAR Beliau bertalaqqi al-Quran daripada syeikhnya iaitu Abdullah Bin ‘Iyash bin Abi Rabiah, Abdullah bin Abbas dan Abu Hurairah. Tiga orang syeikh itu bertalaqqi dengan Ubay bin Kaab manakala Abdullah bin Abbas dan Abu Hurairah bertalaqqi daripada Zaid bin Thabit. Dan bertalaqqi Ubay bin Kaab dan Zaid bin Thabit ...